Menurut bergaya profesional, iaitu mereka yang mampu membezakan antara

Menurut pendapat yang diutarakan oleh para pengkaji
dalam bidang psikolinguistik, pengetahuan bahasa boleh dikuasai melalui dua
cara, iaitu menerusi proses pemerolehan dan pembelajaran (Zulkifley Hamid,
2011). Dua cara penguasaan pengetahuan bahasa inilah yang mendorong wujudnya
perbezaan di antara pelajar natif dan bukan natif, dan seterusnya menghasilkan
dua bentuk atau dua pendekatan pengajaran bahasa yang berlainan prinsipnya,
iaitu prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan prinsip pengajaran pembinaan
biasaan berbahasa. Bagi pengajaran yang bersifat pengkayaan, fokus seharusnya
terhadap membina kemahiran berbahasa dalam situasi formal atau disasarkan ke
arah membentuk pengguna bahasa yang bergaya profesional, iaitu mereka yang
mampu membezakan antara output yang gramatis dan tidak gramatis, serta dapat
menggunakan istilah, cara dan format penyampaian yang tepat untuk situasi
penggunaan yang tertentu.

          Sementara
itu, pengajaran bahasa yang berteraskan prinsip pembentukan biasaan berbahasa
pula perlu berfokuskan ke arah melatih para pelajar bahasa kedua berbahasa
sebagaimana penutur natif berbahasa. Dalam erti kata lain, di samping aspek
nahu, keseluruhan korpus lakuan bahasa, termasuklah aspek ketepatan dalam
memberikan gerak balas bahasa bersesuaian dengan situasi, sapaan yang paling
bersesuaian dengan sesuatu keperihalan keadaan, kesusilaan dalam berbahasa dan
juga aspek-aspek yang berkaitan dengan taboo atau kekangan moral dalam
berbahasa, semuanya harus dipelajari dan dikuasai. Kesemua aspek kebahasaan yang
disenaraikan ini tidak boleh diagak-agak atau direka-reka, tetapi mesti
digunakan sebagaimana yang digunakan oleh penutur natif semasa mereka
berbahasa. Sekiranya tidak, bahasa berkemungkinan besar tidak akan dapat
berperanan sebagai alat penyampai atau penghubung silaturrahim secara berkesan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Hornstein & Lightfoot (1981)
memperkatakan bahawa di samping bermula pada masa yang berbeza, penutur bahasa
pertama dan penutur bahasa kedua juga berbeza daripada segi tatacara
penguasaan. Dari perspektif ilmu psikolinguistik, iaitu melalui pandangan yang
dikemukakan dalam Hipotesis Nurani bahawa proses penguasaan pengetahuan bahasa
pertama atau bahasa ibunda ialah proses yang agak mudah yang tidak memerlukan
proses pengajaran dan pembelajaran secara formal kerana proses ini dibantu oleh
alat penguasaan bahasa semula jadi yang sedia wujud dalam akal budi manusia
sejak mereka dilahirkan ke dunia.

Seterusnya, pengkaji memetik pendapat yang
diutarakan oleh Widdowson (1979) bahawa pengetahuan bahasa dapat ditakrifkan
sebagai terdiri daripada dua jenis pengetahuan yang saling melengkapi, iaitu use dan usage. Use merujuk
pengetahuan tentang aspek-aspek kenahuan yang terdapat dalam sesuatu bahasa,
manakala usage merujuk pengetahuan
tentang cara berkomunikasi yang berkesan dalam situasi penggunaan yang sebenar.
Bagi Widdowson dan mereka yang bersependapat dengannya, pengetahuan tentang use yang tidak disertai pengetahuan usage tidak mungkin akan menjadikan seseorang
pelajar itu pengguna bahasa yang baik dan berkesan.

Berdasarkan kepada pandangan yang telah
dikemukan dalam bahagian kosa ilmu, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa pengetahuan
bahasa boleh dikuasai melalui dua cara, iaitu menerusi proses pemerolehan dan pembelajaran.
Hal ini amat penting terutamanya dalam konteks pendidikan bahasa Melayu dalam
kalangan penutur dan pendengar. Selain itu, pengajaran bahasa yang berteraskan
prinsip pembentukan biasaan berbahasa pula perlu berfokuskan ke arah melatih
para pelajar bahasa kedua berbahasa sebagaimana penutur natif berbahasa agar
tahap penguasaan mereka setaraf dengan penutur natif. Justeru, pendekatan ilmu
psikolinguistik dalam bidang pendidikan bahasa sama sekali tidak boleh
dinafikan kepentingannya.

x

Hi!
I'm Marcella!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out