Pengurusan pemahaman manusia tentang sesuatu bidang atau minat khusus

Pengurusan
pengetahuan boleh didefinisikan sebagai satu proses penghasilan, pemanfaatan,
penghantaran dan penggunaan pengetahuan (Bhatt, 2001). Pengetahuan adalah
pemahaman manusia tentang sesuatu bidang atau minat khusus yang telah diperoleh
melalui pembelajaran dan pengalaman (Awad & Ghaziri, 2004). Pengetahuan
juga merupakan satu isu yang kerap dibincangkan kerana keupayaannya mampu
mengubah pekerja dan organisasi (Noorazah & Juhana, 2013). Kejayaan sesebuah
negara atau masyarakat banyak bergantung kepada keupayaannya menggunakan setiap
sumber secara maksimum termasuklah sumber intelektual rakyatnya iaitu
pengetahuan. Perkongsian pengetahuan adalah proses di mana individu saling
bertukar pengetahuan mereka dan bersama-sama mewujudkan pengetahuan yang baru
(Van den Hooff, Elving, Meeuwsen, & Dumoulin, 2003). Peningkatan
perkongsian pengetahuan akan memberi kesan positif terhadap prestasi sesebuah
organisasi. Malangnya, seseorang individu tidak berkongsi pengetahuan mereka
dalam semua keadaan. Mereka mempunyai sebab yang kukuh untuk tidak berkongsi
seperti mana yang diinginkan oleh organisasi (Cho, Li, & Su, 2007).

Perkongsian
pengetahuan telah mendapat perhatian di kalangan penyelidik dan pengurus
organisasi. Banyak kajian yang telah dijalankan (Ardichvili, Page &Wentling,2003;
Han&Anantatmula, 2007; Lin, 2007a; Lin, 2007b; Riege, 2005) bagi mengkaji
faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan dalam konteks organisasi.
Walau bagaimanapun, hanya beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mengkaji
faktor perkongsian pengetahuan dalam konteks pelajar iaitu intitusi pengajian. Antara
kajian lepas yang mengkaji mengenai perkongsian pengetahuan dalam konteks
pelajar adalah (Wangpipatwong, 2009; Rabiatul,
Rashid, & Ali, 2014).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 Perkongsian pengetahuan jugak dapat
dilaksanakan dengan empat cara melalui SECI
Model (Nonaka dan Takeuchi, 1995) iaitu pertama, secara sosialisasi,
pengetahuan tersirat kepada pengetahuan tersirat. Contohnya, perkongsian
pengalaman seperti pemerhatian, peniruan dan amalan. Kedua, externalisasi,
pengetahuan tersirat kepada pengetahuan eksplisit. Sebagai contoh
menterjemahkan pengetahuan dalam bentuk metafora, model, konsep dan persamaan. Ketiga,
internalisasi, pengetahuan eksplisit kepada pengetahuan tersirat. Contohnya,
seperti simulasi, pembelajaran bertindak dan pengalaman semasa bekerja dan yang
terakhir adalah penyatuan iaitu pengetahuan eksplisit kepada pengetahuan
eksplisit.

Pengetahuan
dapat dibahagikan kepada dua iaitu pengetahuan tersirat dan pengetahuan
eksplisit (tacit and eksplicit). Groff
dan Jones (2011) menyatakan pegetahuan tersirat adalah pengetahuan yang
diperoleh dalam satu tempoh masa dan dianggap sukar untuk disampaikan atau
dipindahkan, kerana ianya adalah pengetahuan peribadi seseorang individu yang
diperoleh dalam bentuk pengalaman, kepercayaan peribadi dan pemahaman. Sebaliknya,
pengetahuan eksplisit adalah amalan formal yang lebih tepat diperhatikan,
dipindahkan dan disampaikan kepada orang lain (Kim, 2011). Contohnya adalah
semua bentuk bahan bertulis dan visual.  

Oleh
itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
perkongsian pengetahuan di kalangan pelajar universiti. Faktor yang akan dikaji
dalam kajian ini adalah melibatkan faktor individu, institusi dan teknologi. Aspek
yang dinilai dalam faktor individu adalah mengenai kesanggupan pelajar untuk
berkongsi bahan pelajaran dan berbincang idea-idea baru bersama rakan sekelas,
keupayaan diri pelajar untuk berkongsi, serta kesungguhan pelajar dalam
berkongsi pengetahuan bersama rakan sekelas.

Seterusnya,
bagi faktor institusi pula, sokongan pensyarah adalah amat penting bagi
memastikan wujudnya amalan perkongsian pengetahuan antara pelajar. Sebagai contoh
pensyarah menggalakkan pelajar untuk melakukan perbincangan di dalam kelas
bersama rakan sekelas serta memberi pujian lisan atau hadiah kepada pelajar
yang sentiasa berkongsi pengetahuan di dalam kelas, ini secara tidak langsung
dapat menarik minat pelajar untuk berkongsi pengetahuan yang ada. Budaya berkongsi
pengetahuan dapat diwujudkan dan terhasilah persaingan yang sihat antara
pelajar dalam menuntut ilmu.

Penyediaan
teknologi seperti kemudahan mengakses internet dapat membantu memudahkan lagi
perkongsian pengetahuan. Bagi pelajar UKM, e-pembelajaran merupakan satu
platform yang memudahkan pelajar berkongsi pengetahuan serta mendapatkan
pengetahuan daripada orang lain. Sebagai contoh penggunaan ifolio, e-mail serta
media sosial seperti aplikasi facebook,
whatsapp, blog dan sebagainya memudahkan
pelajar mendapatkan bahan pelajaran serta mudah untuk dikongsi bersama rakan
sekelas. Literasi teknologi juga penting bagi setiap individu, hal ini selaras
dengan permodenan negara pada masa kini agar tidak ketinggalan zaman dan sentiasa
peka terhadap perubahan teknologi yang semakin canggih.

x

Hi!
I'm Marcella!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out